KLANG: Bekalan makanan dan bahan mentah bagi keperluan sambutan Hari Raya Aidilfitri dijamin mencukupi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini.
Katanya, orang ramai tidak perlu khuatir kerana perkara itu akan dipastikan kementeriannya (KPKM) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
“Pihak kementerian memberi jaminan bekalan daging, ayam dan sayur sayuran cukup sepanjang sambutan Aidilfitri.
“Kita yakin pengguna tidak akan hadapi masalah mendapatkan barang keperluan Hari Raya kerana persediaan awal menambah bekalan sentiasa dibuat oleh agensi di bawah KPKM,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis pelancaran Jualan Semarak Syawal Agro MADANI peringkat kebangsaan 2024 di Pasar Tani Taman Sri Andalas, di sini, hari ini.
Mohamad berkata, KPKM melalui FAMA akan memastikan bekalan di setiap lokasi Jualan Semarak Syawal Agro MADANI adalah mencukupi.
Jualan Semarak Syawal Agro MADANI diadakan di 113 lokasi daripada 753 outlet pasar tani di seluruh negara bermula 3 April sehingga menjelang sambutan Aidilfitri.
Sementara itu, FAMA menyasarkan nilai jualan sebanyak RM30.5 juta sepanjang program jualan pada tahun ini.
Usaha ini bertujuan memberi peluang kepada usahawan untuk mengadakan jualan semasa musim sambutan Aidilfitri yang mendapat permintaan tinggi daripada pengunjung.
Selain barangan segar seperti daging, ayam dan sayur-sayuran, pengguna juga berpeluang mendapatkan bekalan juadah Aidilfitri seperti ketupat, rendang, lemang dan kuih muih untuk keperluan hari raya yang turut dijual di outlet pemasaran ini.
Pada majlis hari ini juga, berlangsung jualan ‘Happy Hour’ Kombo Agro MADANI Cashless yang menawarkan dua kombo iaitu kombo segar dan kombo sayur raya pada harga RM5 per kombo, dengan penjimatan 70 peratus daripada harga sebenar.
Mohamad turut menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim dan mengagihkan aneka kerepek kepada para pengunjung.
Turut diadakan, jualan produk usahawan industri makanan dan asas tani (IMAT), jualan produk Agromas dan promosi jualan di portal Agrobazaar Online.
Faida Rahim
Sat Apr 06 2024
MOHAMAD: Kita yakin pengguna tidak akan hadapi masalah mendapatkan barang keperluan Hari Raya kerana persediaan awal menambah bekalan sentiasa dibuat oleh agensi di bawah KPKM. - Foto Astro AWANI
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Tujuh terbunuh di Pakistan disyaki serangan etnik
Tujuh lelaki pekerja asing maut dipercayai ditembak oleh militan pemisah yang terbabit dalam keganasan etnik terhadap orang asing di barat daya Pakistan.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Orang ramai diingatkan tidak simpan stok beras dalam kuantiti besar
Semua pihak diingatkan untuk tidak menyimpan stok beras dalam kuantiti yang besar bagi mengelakkan berlakunya pembaziran bekalan makanan itu.
Isu beras: 'Boleh tegur, tapi jangan maki hamun' - Mat Sabu
Mohamad berkata tidak salah memberi teguran, tetapi sebaiknya dilakukan dalam cara lebih sesuai.
KPKM jamin bekalan makanan keperluan Aidilfitri mencukupi
Pihak kementerian memberi jaminan bekalan daging, ayam dan sayur sayuran cukup sepanjang sambutan Aidilfitri.
Kerajaan rangka dasar padi, beras demi kepentingan semua pihak
Mohamad berkata, kementeriannya mungkin mengambil masa tiga hingga empat bulan daripada sekarang sebelum mengumumkan dasar itu.
Kartel beras: Kerajaan tidak akan lindungi sesiapa - Mohamad
Pemantauan sentiasa dilakukan pihak berwajib untuk mengekang kewujudan kartel beras putih tempatan.
Mohamad Sabu terima kunjungan hormat Menteri Luar Argentina, persijilan halal antara dibincang
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat Menteri Luar Argentina Diana Mondino, semalam.
Harga beras putih import turun RM2-RM3 bermula esok
Kerajaan menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bersetuju supaya harga jualan runcit beras putih import (BPI) diturunkan antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa esok.
Bekalan, harga ayam stabil - Mohamad Sabu
Bekalan ayam pada masa ini adalah stabil dan faktor ini sekali gus menyumbang kepada kestabilan harga ayam semasa.